SPK20053-Pembungkusan dan Pelabelan Makanan

Kursus Pembungkusan Dan Pelabelan Makanan ini dibina untuk memperkenalkan pelajar kepada perkara asas dalam bidang pembungkusan dan pelabelan produk makanan bagi memenuhi keperluan kerja berdasarkan permintaan industri. Melalui kursus ini pelajar akan didedahkan dengan prinsip asas pembungkusan, jenis dan sifat bahan pembungkus, pembungkusan mengikut komoditi makanan terpilih dan kaedah pelabelan makanan. Kursus ini ditawarkan dalam semester yang pertama bagi membina asas dalam operasi pembungkusan dan pelabelan makanan yang membolehkan pelajar mempraktikannya dalam kursus yang seterusnya.