SFP 20063 SENIREKA FESYEN 1

Kursus Senireka Fesyen 1 ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman pelajar tentang istilah, perkembangan fesyen, elemen dan prinsip dalam senireka fesyen. Pelajar juga didedahkan dengan cara menghasilkan idea kreatif rekaan fesyen berdasarkan kajian perkembangan fesyen terkini dan mempersembahkan hasil rekaan akhir serta proses-proses rekaan tersebut melalui portfolio.