SFP 10153 POLA ASAS PAKAIAN

Kursus Pola Asas Pakaian ini memberi pemahaman asas dalam   pembuatan pola asas pakaian wanita dengan memperkenalkan teknik-teknik mendraf pola. Pelajar akan mempelajari cara mengenali dan mengendalikan pelbagai alatan megukur dan alatan membuat pola. Pelajar akan diajar untuk menghasilkan blok pola asas dengan merujuk saiz ukuran piawai badan (standard size body measurement), termasuk pola skala 1:5,  kolar dan lengan. Kursus ini juga memberi penekanan kepada kemahiran manipulasi lisu asas untuk menghasilkan rekaan pakaian yang lebih tepat dan bersesuaian.