SPK20203_Teknologi Pemprosesan Hasilan Tumbuhan

Teknologi Pemprosesan Hasilan Tumbuhan direkabentuk untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan dalam pemprosesan hasilan tumbuhan. Kemahiran ini merangkumi tiga topik utama iaitu buah-buahan, sayur-sayuran dan biji-bijian. Pemprosesan buah-buahan dan sayur- sayuran ini merangkumi produk-produk di dalam tin atau retort pouch, jeruk, jem dan sos. Manakala produk-produk berasaskan beras, gandum, kekacang dan produk hasilan dimasukkan di bawah topik bijian. Secara keseluruhannya, kursus ini akan meliputi kaedah, fungsi bahan mentah dan kawalan kualiti.