STS20033 Lukisan Kerja 2

LUKISAN KERJA 2 menawarkan kemahiran dan pengetahuan asas untuk menghasilkan lukisan kerja bagi pembinaan bangunan yang mematuhi keperluan Uniform Building by Law (UBBL). Kursus ini merupakan komponen teras disiplin dalam Badan Pengetahuan (BoK) Pengajian Seni Bina. Penggunaan perisian Computer Aided Design & Drafting (CADD) menyediakan pengetahuan untuk dihasilkan Lukisan Senibina 2 Dimensi (2D). Kursus ini melengkapkan pelajar dengan arahan-arahan yang terdapat di dalam perisian CADD untuk penetapan template, melukis, mendimensi, melorek, memplot dan menghasilkan lukisan seni bina bagi permohonan kelulusan pelan bangunan dari Pihak Berkuasa Tempatan.