Kursus Pakaian Kontemporari Wanita ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang penghasilan pakaian kontemporari wanita mengikut peredaran masa kini. Rekaannya adalah lebih ringkas dengan gabungan ciri dan stail terkini. Pelajar akan diberi penekanan dalam penyediaan pola, memotong fabrik dan mencantum bahagian-bahagian dengan prosedur dan teknik yang betul. Untuk kursus ini para pelajar akan menghasilkan pakaian kontemporari wanita Baju Kurung Moden beserta Kain Potongan Duyung dan Gaun Semi-Formal.
- Enrolled students: 7
